You are here: Media Penerbitan Laporan Tahunan
 
 
E-mail Print PDF

Buku Laporan Tahunan

 

Laporan Tahunan merupakan laporan yang merekodkan segala perkembangan, aktiviti  dan pencapaian yang telah diraih setiap tahun oleh Politeknik Balik Pulau. Namun begitu, setakat ini ia hanya diterbitkan dua tahun sekali sebagai Laporan Dwitahunan memandangkan  keadaan politeknik yang masih baru dan berkapasiti kecil. Sehingga kini, Laporan Dwitahunan PBU telah dua kali diterbitkan iaitu untuk tahun 2007/2008 dan 2009/2010.

Antara intipati Laporan Dwitahunan yang diterbitkan ialah Selayang Pandang yang meninjau Politeknik Balik Pulau secara umum seperti sejarah penubuhan, lokasi dan prasarana, Profil PBU yang melaporkan dari segi perjawatan dan carta organisasi, Laporan Tahunan Unit/Jabatan yang melaporkan peranan, aktiviti dan senarai staf yang berada dalam setiap unit dan jabatan, Laporan Kewangan untuk tahun semasa, Aktiviti Pelajar, Imbasan Peristiwa yang melaporkan segala aktiviti dalam tahun semasa dan Lampiran.

Laporan Dwitahunan PBU 2009/2010

** Laporan Dwitahunan di Politeknik Balik Pulau (PBU) diterbitkan pada setiap 2 tahun sekali.