You are here: Arkib
 
 

Sambutan Majlis Ihya' Ramadhan

E-mail Print PDF
Saiz Teks

Sambutan Majlis Ihya' Ramadhan

 

19 Ogos, 2011 – Sempena sambutan bulan yang mulia bulan ramadhan PBU telah mengadakan Majlis Ihya’ Ramadhan bersama anak-anak yatim Rumah Anak Kesayangan bertempat di Dewan Serbaguna Kuaters Pegawai Kanan PDRM, Sungai Dua, Pulau Pinang.

Majlis menjemput ADUN Pulau Betong, YB Tuan Haji Sr Muhamad Farid bin Hj. Saad dan penceramah Ustaz Mohd Zulkifli bin Ismoin Penolong Pegawai Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Majlis juga diraikan oleh anak-anak yatim Rumah Anak Kesayangan Sungai Ara, Timbalan Pengarah PBU Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail, staf dan pelajar PBU.

Majlis diteruskan dengan ucapan Timbalan Pengarah PBU seterusnya ucapan dan Perasmian oleh ADUN Pulau Betong. Beliau juga menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim PBU dan anak-anak yatim Rumah Anak Kesayangan.

Pengisian majlis diteruskan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zulkifli mengenai Risalah Ramadhan dan Nuzul Al-Quran. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.

Majlis amal seperti ini di adakan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan di kalangan staf dan anak-anak yatim.