UNIT PEMBANGUNAN & SENGGARAAN

divider

 

PENGENALAN

Kampus Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang telah beroperasi secara rasmi pada 18 November 2013.

OBJEKTIF

Sebagai Unit Sokongan kepada Politeknik Balik Pulau, objektif Unit Pembangunan dan Senggaraan adalah untuk:

"Melaksanakan projek pembangunan dan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum".

FUNGSI

Seksyen Kejuruteraan Awam

  • Merancang, mengurus serta melaksana kerja-kerja penyelenggaraan/baikpulih kerosakan segera kerja awam bagi kemudahan infrastruktur / fasiliti dan peralatan;
  • Merancang, mengurus serta melaksana penyelenggaraan secara berterusan atau berkala ke atas infrastruktur (bangunan, perparitan, sistem bekalan/kumbahan air dan sistem jalanraya);
  • Merancang, mengurus serta melaksana projek naiktaraf infrastruktur/fasiliti dan peralatan;
  • Merancang, mengurus serta melaksana keperluan/kemudahan teknikal awam bagi program/aktiviti yang dilaksanakan.

Seksyen Kejuruteraan Elektrik

  • Merancang, mengurus serta melaksana kerja-kerja penyelenggaraan/baikpulih kerosakan segera elektrik bagi kemudahan infrastruktur / fasiliti dan peralatan;
  • Merancang, mengurus serta melaksana penyelenggaraan secara berterusan atau berkala ke atas kemudahan (sistem bekalan elektrik) dan peralatan elektrik;
  • Merancang, mengurus serta melaksana projek naiktaraf kemudahan/peralatan elektrik;
  • Merancang, mengurus serta melaksana keperluan/kemudahan teknikal elektrik bagi program/aktiviti yang dilaksanakan.

Seksyen Kejuruteraan Mekanikal

  • Merancang, mengurus serta melaksana kerja-kerja penyelenggaraan/baikpulih kerosakan segera mekanikal bagi kemudahan infrastruktur / fasiliti dan peralatan;
  • Merancang, mengurus serta melaksana penyelenggaraan secara berterusan atau berkala ke atas kemudahan (sistem penyaman udara, sistem pencegahan kebakaran) dan peralatan mekanikal serta kenderaan jabatan;
  • Merancang, mengurus serta melaksana projek naiktaraf infrastruktur/fasiliti dan peralatan mekanikal;
  • Merancang, mengurus serta melaksana keperluan/kemudahan teknikal mekanikal bagi program/aktiviti yang dilaksanakan.

 

  • panorama-01.jpg
  • panorama-02.jpg
  • panorama-03.jpg
  • panorama-04.jpg
  • panorama-06.jpg
  • panorama-07.jpg
  • panorama-08.jpg
  • panorama-09.jpg
  • panorama-10.jpg