UNIT SUKAN, KO-KURIKULUM & KEBUDAYAAN

divider

 

PENGENALAN

Penglibatan para pelajar dalam aktiviti sukan, kokurikukulum dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam kegiatan yang diceburi untuk mendukung Dasar Sukan Negara (1988). Untuk mencapai matlamat ini, ia memerlukan inovatif dan kreativiti serta rasa komited tenaga pengajar dan pelajar. Justeru, Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (USKK) diwujudkan sebagai platform kepada segala aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan di Politeknik Balik Pulau (PBU).

Aktiviti yang dianjurkan oleh USKK meliputi segala kegiatan di luar bilik darjah seperti sukan, unit uniform, kelab dan persatuan. Kegiatan harus mengandungi unsur-unsur perkembangan nilai yang boleh membantu proses pembentukan diri bagi menjadikan mereka warga negara yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Segala aktiviti yang dirancang bertujuan untuk para pelajar mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping membentuk pelajar yang berketerampilan dan mempunyai semangat, jatidiri, dan berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran dan menjadikan satu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang sepanjang pengajian di Politeknik.

USKK berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan, kokurikulum dan kebudayaan untuk pelajar-pelajar di PBU sehingga melahirkan graduan yang boleh menyumbang kepada pembudayaan sukan dalam masyarakat dan negara.

OBJEKTIF

  1. Memupuk semangat budaya sihat dan cergas dalam kalangan pelajar PBU melalui penyertaan aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan secara berterusan.
  2. Memberi peluang kepada pelajar PBU mengembangkan bakat dan potensi diri melalui aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan.
  3. Menyokong segala usaha berterusan bagi membolehkan pelajar PBU bersaing di persada sukan negara dan antarabangsa.

KEMUDAHAN

Bagi merealisasikan aspirasi serta objektifnya, Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Balik Pulau menyediakan peralatan serta kemudahan bagi pelajar dan juga kakitangan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Peralatan yang disediakan adalah seperti berikut :-

  • Kayu hoki
  • Raket badminton
  • Raket tenis
  • Raket squash
  • Bat ping pong
  • Set bowlingKasut spike (olahraga)
  • Set golf
  • Bola sepak
  • Bola tampar
  • Bola jaring
  • Bola sepaktakraw
  • Set chess
  • Beg kembara
  • Jersi
  • Bib
  • Set janakuasa
  • Khema
  • Lampu minyak tanah
  • Baju hujan
  • Penunu gas

 

  • panorama-01.jpg
  • panorama-02.jpg
  • panorama-03.jpg
  • panorama-04.jpg
  • panorama-06.jpg
  • panorama-07.jpg
  • panorama-08.jpg
  • panorama-09.jpg
  • panorama-10.jpg