UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

divider

 

PENGENALAN

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPM. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 20 minggu (satu semester) bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik.

Pelajar adalah layak menjalani latihan industri setelah mereka lulus semua modul bagi kursus diploma. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri politeknik atau membuat permohonan sendiri. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di politeknik.

UPLI juga bertanggung jawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara syarikat / firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak PBU sentiasa baik dan berterusan.

OBJEKTIF

  1. Membina personaliti individu
  2. Berkomunikasi dengan berkesan
  3. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
  4. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
  5. Menghasilkan laporan latihan industri

PETUNJUK PRESTASI UPLI

  1. Mencapai sekurang-kurangnya 90% kelulusan untuk semua pelajar yang menjalani latihan industri pada satu-satu semester dan sekurang-kurangnya 45% daripada lulusan tersebut mendapat kelulusan yang cemerlang.
  2. Melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada satu-satu semester.
  • panorama-01.jpg
  • panorama-02.jpg
  • panorama-03.jpg
  • panorama-04.jpg
  • panorama-06.jpg
  • panorama-07.jpg
  • panorama-08.jpg
  • panorama-09.jpg
  • panorama-10.jpg