UNIT PEPERIKSAAN

 divider

 

PENGENALAN

Unit Peperiksaan berperanan menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan penilaian dan peperiksaan di jabatan-jabatan. Unit ini juga bertanggungjawab terhadap penyelarasan hal-hal berkaitan peperiksaan akhir semester, keputusan peperiksaan dan persijilan. Unit Peperiksaan Politeknik Balik Pulau diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan, dibantu seorang Pegawai Peperiksaan dan disokong oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) yang telah dilantik oleh setiap jabatan. Setiap jabatan mempunyai ahli jawatankuasa dalam menjayakan dan menguruskan kerja-kerja seperti urusan bank soalan, kemaskini data-data pelajar dan urusan berkaitan sebelum dan selepas peperiksaan dijalankan.  Pegawai Peperiksaan bertanggungjawab mengawasi secara keseluruhan perjalanan peperiksaan politeknik sementara Penyelaras Peperiksaan adalah bertanggungjawab menguruskan hal-hal peperiksaan untuk jabatan masing-masing.

FUNGSI

Antara tugas utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah :-

  1. Memilih dan menyediakan soalan peperiksaan akhir semester.
  2. Memantau perjalanan peperiksaan akhir semester.
  3. Menyediakan Jadual Peperiksaan Akhir Semester dan Jadual Pengawasan Peperiksaan Akhir Semester.
  4. Memproses dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan keputusan peperiksaan akhir.
  5. Menyediakan sijil / diploma para graduan dan urusan berkaitan persijilan.
  6. Menyediakan transkrip keputusan peperiksaan.
  7. Menyedia, mendokumen dan menyerahkan senarai nama pelajar yang tamat pengajian untuk diperakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Penilaian dan Persijilan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.
  8. Menyediakan statistik peperiksaan akhir semester bagi rujukan Bahagian Peperiksaan dan Penilaian (BPN) dan Politeknik Balik Pulau (PBU).
  9. Menyediakan arkib bagi data graduan politeknik.
  10. Mengurus, mendokumen dan merekodkan perkara yang berkaitan peperiksaan.
  • panorama-01.jpg
  • panorama-02.jpg
  • panorama-03.jpg
  • panorama-04.jpg
  • panorama-06.jpg
  • panorama-07.jpg
  • panorama-08.jpg
  • panorama-09.jpg
  • panorama-10.jpg