UNIT KEUSAHAWANAN

PENGENALAN

Unit Keusahawanan berperanan membudayakan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar dan staf di Politeknik Balik Pulau (PBU). Penubuhannya bertujuan untuk  mendidik serta mendedahkan pelajar tentang ilmu-ilmu berkaitan keusahawanan. Melalui aktiviti yang dirancang, ianya mampu menarik minat pelajar untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan serta mampu melahirkan lebih ramai usahawan muda khususnya di kalangan graduan politeknik.

FUNGSI

  • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti/program keusahawanan di kalangan pelajar politeknik.
  • Membudayakan dan menggerakkan kompetensi keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar PBU melalui program yang dirancang.
  • Membangunkan aktiviti melalui kelab keusahawanan pelajar dan program inkubator PBU.
  • Menjalinkan kolaborasi dengan agensi-agensi keusahawanan dan industri.
  • Melaksanakan aktiviti dan program keusahawanan melalui jalinan keusahawanan sosial.
  • Menyediakan ekosistem dan persekitaran keusahawanan yang merentasi bidang di PBU.
  • Menjadi pusat rujukan keusahawanan di kalangan pelajar di PBU dalam mengaplikasikan teori dan kemahiran keusahawanan.
  • Memartabatkan nilai keusahawanan untuk mencungkil bakat dan atribut keusahawanan di kalangan pelajar bagi mencapai pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa.
  • panorama-01.jpg
  • panorama-02.jpg
  • panorama-03.jpg
  • panorama-04.jpg
  • panorama-06.jpg
  • panorama-07.jpg
  • panorama-08.jpg
  • panorama-09.jpg
  • panorama-10.jpg