UNIT PEMBANGUNAN INSTRUKSIONAL DAN MULTIMEDIA

divider 

 

PENGENALAN

UIDM (Unit for Instructional Development & Multimedia) merupakan unit sokongan yang berperanan dalam memberikan perkhidmatan dan pinjaman peralatan audio visual serta teknologi multimedia di PBU. Antara fungsi serta tugas UIDM ialah menyediakan perkhidmatan video seperti Multiple Camera Production dan Single Camera Production, perkhidmatan merakam audio, fotografi serta merekabentuk grafik untuk kegunaan aktiviti rasmi PBU dan jabatan. 

UIDM juga memberikan perkhidmatan dari segi bantuan teknikal kepada staf PBU dalam penghasilan bahan pembelajaran eLearning selaras dengan kehendak Dasar ePembelajaran Negara dan Lonjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi).

FUNGSI

Unit Pembangunan Instruksional Dan Multimedia (UIDM) sedaya mungkin ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna dalam memenuhi serta merealisasikan misi dan visi Politeknik Balik Pulau. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak UIDM adalah :-

1. Menyediakan perkhidmatan peralatan audio visual.

  • -  Menyediakan perkhidmatan sistem audio visual bagi program-program rasmi  politeknik, kuliah pengajaran dan pembelajaran serta program di peringkat jabatan dan kementerian serta masyarakat luar jika diperlukan.
  • -  Menyediakan perkhidmatan kerja-kerja pemasangan, pendawaian dan pengujian peralatan audio visual.
  • -  Menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan audio visual.
  • -  Menyediakan perkhidmatan salinan bahan multimedia.
  • -  Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan peralatan audio visual.
2. Menyediakan produksi bahan P&P dan bukan P&P berasaskan teknologi multimedia.
  • -  Menyediakan perkhidmatan rakaman pengambaran video.
  •      #  SCP - Single Camera Production
  •      #  MCP - Multiple Camera Production
  • -  Menyediakan perkhidmatan pengambaran videografi.
  • -  Menyediakan perkhidmatan rakaman audio.
  • -  Menyediakan perkhidmatan suntingan bahan rakaman audio dan video.
3. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam aplikasi teknologi multimedia.
  • -  Memberi penerangan dan langkah kerja penggunaan peralatan audio.
  • -  Memberi penerangan dan langkah kerja penggunaan peralatan video.
4. Menyediakan perkhidmatan fotografi.5. Menyediakan perkhidmatan rekaan grafik.

  

 

POLITEKNIK BALIK PULAU
Pinang Nirai, Mukim 6
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Malaysia

Telefon:    04-8689000   
Faks:    04-8692061
Emel:   Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.