UNIT LATIHAN & PENDIDIKAN LANJUTAN
PENGENALAN
Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL) bertanggungjawab merancang dan menjalankan latihan-latihan yang diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran staf Politeknik Balik Pulau. Di samping itu, unit ini juga menguruskan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang melibatkan komuniti setempat dan warga PBU.
FUNGSI
Mengendalikan urusan latihan semua staf Politeknik secara efektif selaras dengan objektif dasar latihan sumber manusia sektor awam;
- - Merancang keperluan latihan staf mengikut keperluan kompetensi;
- - Menyelaraskan latihan luaran dengan agensi lain;
- - Merancang dan menyelaras kursus-kursus di bawah kategori PSH;
- - Merancang dan memantau jumlah pendapatan tahunan di bawah program PSH.