UNIT KEUSAHAWANAN
PENGENALAN
Unit Keusahawanan berperanan membudayakan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar dan staf di Politeknik Balik Pulau (PBU). Penubuhannya bertujuan untuk mendidik serta mendedahkan pelajar tentang ilmu-ilmu berkaitan keusahawanan. Melalui aktiviti yang dirancang, ianya mampu menarik minat pelajar untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan serta mampu melahirkan lebih ramai usahawan muda khususnya di kalangan graduan politeknik.
FUNGSI
- - Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti/program keusahawanan di kalangan pelajar politeknik.
- - Membudayakan dan menggerakkan kompetensi keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar PBU melalui program yang dirancang.
- - Membangunkan aktiviti melalui kelab keusahawanan pelajar dan program inkubator PBU.
- - Menjalinkan kolaborasi dengan agensi-agensi keusahawanan dan industri.
- - Melaksanakan aktiviti dan program keusahawanan melalui jalinan keusahawanan sosial.
- - Menyediakan ekosistem dan persekitaran keusahawanan yang merentasi bidang di PBU.
- - Menjadi pusat rujukan keusahawanan di kalangan pelajar di PBU dalam mengaplikasikan teori dan kemahiran keusahawanan.
- - Memartabatkan nilai keusahawanan untuk mencungkil bakat dan atribut keusahawanan di kalangan pelajar bagi mencapai pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa.