PUSAT SUMBER DAN PERPUSTAKAAN
MAKLUMAT UNIT
PENGENALAN
Perpustakaan Politeknik Balik Pulau (PBU) berperanan penting dalam menyediakan kemudahan bagi menyokong dan membantu penggunanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta bidang penyelidikan.
Perpustakaan PBU menyediakan koleksi buku rujukan yang bersesuaian dengan program yang ditawarkan di PBU. Kapasiti perpustakaan dapat memuatkan seramai 650 orang pengguna pada satu-satu masa.
MISI
Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa professional
VISI
Membina koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisien, sistematik dan mesra pelanggan
OBJEKTIF
- - Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini.
- - Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat cintakan perpustakaan dan membudayakan ilmu.
- - Memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan membudayakan perkembangan teknologi semasa.
- - Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.