UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI & KOMERSILAN
PENGENALAN
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK) berperanan membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan staf akademik di Politeknik Balik Pulau (PBU). Penubuhannya bertujuan untuk mendorong dan menggalakkan pensyarah-pensyarah melaksanakan kajian ilmiah serta mengamalkan pengajaran berasaskan penyelidikan dan inovasi.
PERANAN
Unit ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Penyelidikan, Inovasi & Harta Intelek, dan Pengkomersialan & Pemindahan Teknologi.
1. Penyelidikan
- - Merancang dan mengurus aktiviti penyelidikan termasuk penyebaran melalui seminar, penulisan ilmiah dan penerbitan.
- - Mengurus pembiayaan aktiviti penyelidikan seperti geran persekutuan atau tajaan institusi/badan luar.
- - Mengurus dan menyelenggara pengkalan data penyelidikan, inovasi dan bank idea ke arah menjadi pusat khidmat nasihat dan rujukan berkaitan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
2. Inovasi & Harta Intelek
- - Merancang dan mengurus aktiviti inovasi dan perolehan harta intelek termasuk penyebaran melalui seminar, pertandingan dan pelaporan hasil inovasi.
- - Mengurus dan menyediakan kertas cadangan bagi membantu penyediaan dokumen perjanjian /persefahaman berkaitan pembiayaan aktiviti inovasi dan perolehan harta intelek seperti geran persekutuan atau tajaan institusi / badan luar.
3. Pengkomersialan & Pemindahan Teknologi
- - Merancang dan mengurus aktiviti pengkomersialan dan pemindahan teknologi termasuk pengetahuan di institusi, industri dan komuniti.
- - Mengurus dan menyediakan kertas cadangan bagi membantu penyediaan dokumen perjanjian / persefahaman berkaitan pembiayaan aktiviti pengkomersialan dan pemindahan teknologi seperti geran persekutuan atau tajaan institusi / badan luar.