UNIT KECEMERLANGAN PELAJAR

 

 

PENGENALAN

Unit Kecemerlangan Pelajar Politeknik Balik Pulau (PBU) dan lebih dikenali sebagai UKPel merupakan sebuah unit yang berfungsi untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar PBU, melalui pelaksanaan program-program yang bersesuaian seperti program motivasi, program anugerah kecemerlangan pelajar, program anugerah ketua jabatan dan beberapa program dan aktiviti yang berpotensi terhadap perkembangan dan penambahbaikan prestasi akademik para pelajar. Program dan aktiviti dirancang serta dilaksanakan oleh UKPel dengan kerjasama bersama jabatan-jabatan atau unit-unit di PBU.

UKPel juga melaksanakan aktiviti-aktiviti menyalurkan maklumat dan hebahan bagi meningkatkan kecemerlangan berterusan kepada para pelajar, melalui laman sesawang rasmi khas unit yang dibangunkan serta dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

POLITEKNIK BALIK PULAU
Pinang Nirai, Mukim 6
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Malaysia

Telefon:    04-8689000   
Faks:    04-8692061
Emel:   Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.