JABATAN  TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

 

PENGENALAN

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Politeknik Balik Pulau (PBU) menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dengan panggilan ringkasnya DDT. Program DDT menawarkan pengkhususan atau trek yang berbeza mengikut politeknik. PBU menawarkan trek Networking Systems dan trek Software & Application Development. Tempoh pengajian bagi program DDT ialah dua setengah tahun sahaja. Jumlah semester pengajian yang terlibat adalah sebanyak tujuh semester dengan mengambil kira semester pendek sebagai semester rasmi.

Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul iaitu Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada asas tertentu. Kursus-kursus ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang terkini dan pelbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, Ko-kurikulum dan Pengajian Am untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.

Kurikulum program DDT ini juga digabungkan dengan kurikulum pensijilan profesional dan kurikulum profesional industri seperti Computer Technology Industry Association (CompTIA A+), Oracle Java Certification, Microsoft Computer System Administrator (MCSA) and Microsoft Certified Desktop Service Technician (MCDST), Cisco Certified Network Associates (CCNA), EC-Council Network Security (ENSA), Certified Ethical Hacker (CEH) dan Infosys Campus Connect programme, untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menduduki peperiksaan sijil profesional menjelang semester akhir. Ini akan memberi nilai tambah kepada pelajar dan memastikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui program ini adalah relevan dengan keperluan industri ICT.

KEMUDAHAN

Kemudahan makmal komputer dan bilik kuliah di PBU terdiri daripada :-

  • Makmal Pembangunan Aplikasi
  • Makmal Hypermedia
  • Makmal Sistem Komputer & Digital
  • Makmal Teknologi Maklumat
  • Makmal Rangkaian
  • Makmal Projek
  • Makmal Struktur Kabel
  • Bilik TECC (Technology-Enabled Collaborative Classroom)
  • Bilik Kuliah
  • Dewan Kuliah

SYARAT KEMASUKAN

Memiliki SPM dengan memenuhi syarat minimum berikut :-

  1. Lulus Bahasa Melayu
  2. Lulus Sejarah
  3. Lulus Bahasa Inggeris
  4. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut :-
  • Matematik
  • Dua (2) mata pelajaran lain yang belum diambil kira kepujiannya

PROSPEK KERJAYA

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), permintaan terhadap tenaga kerja ICT dijangka sangat tinggi. Perkembangan pesat dalam ICT telah meningkatkan permintaan graduan IT yang berkelayakan yang memenuhi keperluan industri untuk sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Malah, graduan dari program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam dunia industri dan perniagaan ICT. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka untuk menyertai pasaran pekerjaan seperti :-

  • Pengaturcara Aplikasi Komputer
  • Pengaturcara Internet
  • Pengaturcara Web
  • Pengaturcara Pangkalan Data
  • Penolong Juru Analisis Sistem
  • Pemaju Perisian
  • Pentadbir Pangkalan Data
  • Penguji Perisian
  • Personel Sokongan Sistem
  • Pengaturcara Sistem
  • Kakitangan Sokongan Rangkaian
  • Pentadbir Rangkaian
  • Jurutera Sokongan IT
  • Penolong Jurutera Rangkaian
  • panorama-01.jpg
  • panorama-02.jpg
  • panorama-03.jpg
  • panorama-04.jpg
  • panorama-06.jpg
  • panorama-07.jpg
  • panorama-08.jpg
  • panorama-09.jpg
  • panorama-10.jpg