JABATAN PENGAJIAN AM (JPA)

divider

 

 

MAKLUMAT JABATAN

PENGENALAN

Jabatan Pengajian Am (JPA) terdiri daripada 2 unit iaitu UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL dan UNIT BAHASA INGGERIS. Bilik Pensyarah JPA terletak di Blok B1, Tingkat 2. 

FUNGSI 

1. UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

Unit Pendidikan Islam & Moral (UPIM) merupakan salah satu unit di bawah jabatan akademik sokongan iaitu Jabatan Pengajian Am. UPIM bertanggungjawab memberi pendedahan agama dan moral serta melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan, jujur, amanah serta bersahsiah mulia dan berperibadi professional mengikut lunas-lunas Islam.

Kursus yang ditawarkan oleh Unit Pendidikan Islam & Moral ialah seperti berikut :

  • -  MPU 1012 PENGAJIAN MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA memupuk penghayatan ke arah melahirkan warganegara yang setia dan cinta kepada negara, berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan Malaysia di arena antarabangsa. Selain itu, cabaran-cabaran semasa yang didapati oleh Malaysia turut mendapat liputan di dalam kursus ini. Pendedahan kursus kepada zaman prasejarah Malaysia, zaman kemerdekaan, pembentukan Malaysia, sistem dan struktur pentadbiran negara, sistem demokrasi di Malaysia, perlembagaan, dasar-dasar utama dan juga isu-isu semasa sosial dan politik di Malaysia.

  • -  MPU 2012 PENGAJIAN ISLAM

PENGAJIAN ISLAM disediakan untuk melahirkan warganegara, khususnya siswazah Islam, yang faham tasawwur Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang, serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang merangkumi konsep syahadah, syariat dan akhlak dalam membentuk sikap bertanggungjawab terhadap Allah SWT, manusia dan alam.

  • -  MPU 2022 PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL memberi pengetahuan tentang konsep asas moral. Kursus ini menekankan konsep dan teori moral serta peranan individu terhadap masyarakat dan negara. Kursus ini juga menerangkan elemen-elemen yang mencabar nilai moral di politeknik.

2. UNIT BAHASA INGGERIS

English Unit is also another unit under JPA, comprises of 6 English Language Lecturers of DH41-DH48. English Unit is responsible with training the students to be proficient in English as well as providing guidance for other departments who seek for help in the language. This is the course currently offered here :

  • -  MPU 4013 ENGLISH FOR DIGITAL TECHNOLOGY

ENGLISH FOR DIGITAL TECHNOLOGY is the only English course offered to Semester 3 or 4 students. It is a necessary component in the field of Digital Technology. The course is design to prepare studenst to perform effectively in their workplace as English is usually the medium of communication in the ICT world. This is also in line with the needs of the industries that needs graduate who can communicate in English.

 

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di JPA adalah seperti Makmal Bahasa. Terdapat 2 buah Makmal Bahasa yang lengkap dengan alat bantu mengajar (ABM) yang terkini seperti smartboard, smart TV, wifi, speaker, meja perbincangan, mesin pencetak dan makmal yang berhawa dingin dan selesa untuk para pelajar untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelejaran (PdP).

 

KURSUS SAMBILAN

Kursus sambilan yang juga ditawarkan pada masa ini adalah Kursus MUET (Malaysian University English Test) yang dijalankan di luar waktu kelas bagi membantu para pelajar memahirkan dan mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Bayaran yang rendah dan berpatutan khusus buat para pelajar Politeknik Balik Pulau yang pastinya tidak boleh ditandingi dengan pusat pengajaran di luar yang menawarkan kursus yang sama. InsyaAllah, lebih banyak kursus sambilan yang akan ditawarkan pada masa akan datang.