JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER

divider

 

PENGENALAN

Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) merupakan jabatan akademik sokongan yang menyediakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang bersistematik bagi kursus Kod DBM iaitu Matematik yang menjadi teras kepada pencapaian akademik pelajar teknologi maklumat.

JSMK tidak menawarkan sebarang program tetapi mengendalikan kursus teras bagi Jabatan Induk JTMK (Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi) yang berkaitan dengan Matematik. Walaupun begitu, JMSK juga telah dan sentiasa menyokong perjalanan PdP di jabatan induk dengan menghulurkan sumbangan sebagai tenaga pengajar bagi kursus-kursus di JTMK dan sebagai penyelaras bagi Kursus Ko-kurikulum. Bagi mencapai misi politeknik, JMSK juga berhasrat meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran dalam bidang matematik selari dengan halatuju pendidikan masa kini.

FUNGSI

  1. Menyelaras kurikulum dengan aktiviti PdP bagi kursus Matematik.
  2. Merancang dan mengurus keperluan bahan serta peralatan bagi proses PdP untuk kursus Matematik.
  3. Mengenalpasti keperluan kursus/seminar peningkatan kemahiran/pengetahuan bagi pensyarah JMSK.
  4. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum PBU.
  5. Menyelaras, mengumpul dan mengemaskini dokumen bagi aktiviti PdP di JMSK.
  6. Membuat analisa pencapaian Matematik dan menguruskan program penambahbaikan kursus Matematik.
  7. Menyepadukan ilmu-ilmu akademik dengan nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan individu yang mempunyai keterampilan dan sahsiah yang baik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

KEMUDAHAN

Selain daripada kemudahan bilik kuliah dan makmal sedia ada, pihak JMSK juga mempunyai sebuah bilik kuliah berteknologi terkini di kenali sebagai ‘Technology Enabled Collaborative Classroom (TECC)’. TECC mampu memberi ruang dan kelebihan kepada pensyarah dan pelajar untuk menggunakan teknologi terkini dalam proses PdP yang berkesan selaras dengan kemajuan era globalisasi ini.

KURSUS

Terdapat hanya 2 (dua) kursus Matematik yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar semester 1 dan 2 iaitu:-

  • DBM1033 – Mathematical Computing
  • DBM2033 – Discrete Mathematics

 

  • panorama-01.jpg
  • panorama-02.jpg
  • panorama-03.jpg
  • panorama-04.jpg
  • panorama-06.jpg
  • panorama-07.jpg
  • panorama-08.jpg
  • panorama-09.jpg
  • panorama-10.jpg